Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penyakit X Bakal Tiba, WHO Seru Penduduk Dunia Bersedia Hadapi Pandemik Seterusnya

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru semua negara untuk bersedia menghadapi pandemik seterusnya, kata Ketua Pengarahnya, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Beliau berkata, persediaan tersebut adalah soal bila ia akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.

WHO berkata, pengukuhan istilah ‘Penyakit X’ adalah untuk penyakit yang tidak diketahui.

“Apa-apa pun yang berlaku adalah soal bila, bukan jika kita perlu bersedia untuk penyakit yang kita tidak tahu yang mungkin akan datang. Atas sebab itulah kita menamakan Penyakit X,” katanya.

pandemik

Artikel lain: Haji 2024: Semua 25 Syarikat PJH Sedia Pakej Rahmah Bawah RM50,000

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, WHO turut menyenaraikan bidang seperti perancangan kesediaan dan infrastruktur penjagaan kesihatan yang negara boleh sediakan walaupun tanpa banyak pengetahuan mengenai ‘Penyakit X’

Malah, WHO turut memberi penekanan terhadap kepentingan melabur dalam penjagaan kesihatan primer dan persediaan menghadai wabak Covid-19.

“Negara berpendapatan tinggi terkejut kerana pelaburan mereka dalam beberapa dekad yang lalu adalah pada teknologi tinggi, teknologi canggih dalam perkhidmatan tertiari, malah pembedahan robotik.

“Tetapi pelaburan mereka dalam penjagaan kesihatan primer tidak ada. Malah sesetengah negara tidak dapat melakukan pengesanan kontak rapat.

“Jadi untuk menyediakan negara, saya fikir komitmen yang diperbaharui untuk mengukuhkan penjagaan kesihatan primer adalah sangat penting,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam forum persediaan untuk pandemik seterusnya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada Rabu.

Sumber: Astro Awani 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd