Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Khayal Bahan Terlarang

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

“Pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an, tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, menurut Lim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bahagia Bertukar Duka, Pemuda Maut Pada Hari Pertunangan

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat,” tambahnya.

Lim menegaskan bahawa pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah merupakan kesalahan serius yang membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, memandu secara berhemah serta bertimbang rasa ketika berada di jalan raya,” katanya.

Sumber: FB Zack Bolivar, Sinar Harian (MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia bakal merintis perkhidmatan feri penumpang elektrik sepenuhnya yang pertama beroperasi secara komersial merentasi laut terbuka menerusi Projek Feri Elektrik Langkawi, yang dirancang menghubungkan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd