Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Penari Balet Terkenal Vladimir Shklyarov Maut Terjatuh Balkoni

Dunia tarian balet digemparkan dengan pemergian seorang penari terbaik, Vladimir Shklyarov selepas dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Menurut laporan The Guardian, Shklyarov dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat, umum wakil daripada rumah opera, The Mariinsky Theatre di St. Petersburg, Rusia.
Vladimir Shklyarov, Russian ballet star who criticized Putin, falls to his death
Foto: Carian Google

Wakil The Mariinsky Theatre, Anna Kasatkina menerusi perkongsian di Instagram memberitahu kematian penari balet berusia 39 tahun itu tidak mempunyai unsur jenayah.

“Kami kehilangan permata yang sangat berharga di Mariinsky Theater,” ujar Kasatkina.
Foto: Instagram @anatolistavrov
Sementara itu rakan penari balet, Irina Bartnovskaya memberitahu bahawa Shklyarov telah keluar ke balkoni untuk mengambil angin dan menghisap rokok sebelum hilang keseimbangan serta terjatuh.
Bartnovskaya malah menyifatkan insiden tersebut sebagai ‘bodoh’ dan tidak sepatutnya berlaku.
Foto: Instagram @vladimir_shklyarov
Sebelum meninggal dunia, Shklyarov diketahui berdepan dengan kecederaan tulang belakang dan mengambil ubat tahan sakit. Mendiang dijadualkan akan menjalani pembedahan pada minggu ini.
Sumber: The Guardian

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memberi penekanan terhadap pembangunan teknologi dan inovasi tempatan sebagai langkah memperkukuh keupayaan pertahanan negara, selain mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi asing....

Nasional

Seramai 1,899 anak muda kini melangkah keluar dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan pengalaman baharu, keyakinan diri yang semakin kukuh serta...

Nasional

Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuka ruang kerjasama industri pertahanan antara syarikat Malaysia dan Perancis menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd