Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pekerja Asing Juga Berhak Dilindungi Undang-Undang Negara – Azalina

Pekerja asing di Malaysia juga dilindungi di bawah Perlembagaan serta undang-undang negara, termasuk larangan terhadap majikan daripada menyimpan pasport mereka.

Pekerja asing berhak dilindungi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan majikan perlu bersikap adil dan memulangkan pasport pekerja, selaras dengan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Pekerja asing

Foto: Bernama

“Majikan tidak boleh menyimpan pasport pekerja. Anda perlu bersikap adil kepada pekerja dan memulangkan semula pasport mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pra-Peluncuran Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Malaysia (NAPBHR) 2025-2023 di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Azalina berkata, meskipun ada majikan yang masih berdegil, semakin ramai pekerja asing kini memahami hak mereka dan terus mengemukakan aduan kepada kedutaan masing-masing.

Artikel lain: AKPS Gagalkan Taktik Penyamaran Di KLIA T2, Tolak Kemasukan 13 Warga Asing

Pekerja asing

Foto: Bernama

“Kita tidak seperti di sesetengah negara yang memberi layanan tidak hormat sepenuhnya kepada warga asing. Kita ada undang-undang kita sendiri dan kita mesti menghormati setiap insan,” ujarnya.

Tambah beliau, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini perlu mengelakkan sebarang publisiti negatif, khususnya berkaitan layanan kasar atau keganasan terhadap pekerja asing dari negara anggota ASEAN.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd