Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

AKPS Gagalkan Taktik Penyamaran Di KLIA T2, Tolak Kemasukan 13 Warga Asing

Cubaan 13 warga asing menyamar sebagai penumpang baharu  untuk melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Terminal 2 (T2) berjaya dipatahkan Unit Pemantau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), pada Selasa.

AKPS gagalkan taktik penyamaran di KLIA T2

taktik penyamaran

Foto: FB AKPS

taktik penyamaran

Foto: FB AKPS

Taktik penyamaran gagal

AKPS dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga India selain empat lelaki warga Pakistan yang dikesan cuba menyusup semula ke barisan pemeriksaan selepas diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut di pejabat operasi JIM.

“Mereka adalah daripada 270 warga asing yang diperiksa. Mereka dipercayai menukar pakaian di kawasan transit dan menyamar sebagai penumpang yang baru tiba bagi mengaburi pihak berkuasa,” kata AKPS pada Rabu.

AKPS memaklumkan taktik itu terbongkar hasil pemantauan rapi dan kecekapan pasukan AKPS yang bertindak pantas mengesan pergerakan mencurigakan sebelum warg asing berkenaan sempat melepasi kawalan JIM.

taktik penyamaran

Foto: FB AKPS

 

taktik penyamaran

Foto: FB AKPS

“Sebagai tindakan pencegahan, AKPS akan memperketat pemantauan di kawasan transit melalui rondaan lebih kerap, pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) serta prosedur saringan lebih ketat bagi mengekang cubaan penyamaran,” ujar kenyataan tersebut.

Artikel lain: Usaha Perangi ‘Counter Setting’ Dipertingkat Menerusi Dasar Sokongan Lebih Kukuh

AKPS turut menyeru semua pihak di KLIA agar terus berwaspada dan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan demi menjamin keselamatan dan integriti pintu masuk negara.

Sumber: Facebook AKPS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd