Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM Percepat Pelantikan Tetap 4,352 Pegawai Perubatan Mulai Oktober

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepat proses pelantikan tetap seramai 4,352 pegawai perubatan gred UD10 secara berfasa, susulan pengumuman inisiatif di bawah Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

KKM percepat pelantikan tetap 4,352 pegawai perubatan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KKM, sesi libat urus telah diadakan bersama agensi pusat seperti Kementerian Kewangan (MoF), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyegerakan proses pelantikan.

pegawai perubatan

Foto: Bernama

“Pelantikan tetap ini perlu dilaksanakan secara berfasa kerana ia melibatkan pegawai perubatan daripada beberapa kohort lantikan kontrak, di samping menjaga kebajikan pegawai dari aspek susunan kekananan,” kata KKM hari ini.

SPA kini dalam proses mengeluarkan surat tawaran kepada calon-calon yang terlibat, dan dijangka akan selesai pada atau sebelum 18 Ogos 2025 dimana pegawai yang berjaya akan mula melapor diri ke fasiliti kesihatan seluruh negara seawal 2 Oktober ini.

Artikel lain: KKM, KPDN Teruskan Pelaksanaan Pemaparan Harga Ubat Secara Berperingkat Bermula 1 Ogos

pegawai perubatan

Foto: Bernama

Sementara itu, KKM turut merakamkan penghargaan kepada JPA, SPA dan MoF atas kerjasama erat bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses.

“KKM kekal komited untuk memastikan keseluruhan proses pelantikan ini berjalan lancar.
Ini selaras dengan langkah strategik KKM dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatan awam negara dengan memastikan pengisian jawatan kritikal dilaksanakan secara terancang, seimbang dan berteraskan keperluan perkhidmatan semasa,” ujarnya.

Langkah ini dilihat sebagai antara usaha penting kerajaan dalam menangani isu kekurangan doktor tetap di fasiliti kesihatan awam, terutama pasca pandemik COVID-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melucut hak sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita daripada adik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd