Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM, KPDN Teruskan Pelaksanaan Pemaparan Harga Ubat Secara Berperingkat Bermula 1 Ogos

Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti secara berperingkat bermula 1 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan bersama, inisiatif yang dilaksanakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 [P.U.(A) 141/2025] di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu dimulakan sejak 1 Mei lalu.

Pendekatan penguatkuasaan pendidikan telah dilaksanakan bagi tempoh 3 bulan pertama, yang berakhir pada 31 Julai tahun lalu.

Pemaparan harga ubat

Pemaparan harga ubat

Foto: Utusan Malaysia

“Sepanjang tempoh tersebut, 842 buah fasiliti terdiri daripada klinik perubatan, klinik pergigian dan hospital swasta serta farmasi komuniti, telah diperiksa dan majoritinya telah melaksanakan inisiatif ini, dengan 57% daripadanya mematuhi keperluan pemaparan harga ubat yang memuaskan,” kata kenyataan itu, baru-baru ini.

Sehubungan itu, penguatkuasaan akan diteruskan secara berperingkat sejak 1 Ogos dengan pendekatan pendidikan melalui lawatan pemeriksaan serta advokasi selama dua bulan hingga 30 September dan surat peringatan boleh dikeluarkan sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Bermula 1 Oktober ini, kompaun boleh dikeluarkan bagi kesalahan yang berulang sebelum penguatkuasaan penuh pada 1 Januari 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KKM Sasar Miliki 148 Pakar Patologi Forensik Menjelang 2030

Pemaparan harga ubat

Foto: Utusan Sarawak

KKM dan KPDN turut mengambil maklum mengenai laporan berhubung tindakan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh tujuh pertubuhan mewakili pengamal perubatan dan pergigian serta seorang pengamal perubatan swasta, berkaitan keabsahan Perintah P.U.(A) 141/2025 tersebut.

Namun begitu, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada perintah mahkamah yang mengarahkan penangguhan pelaksanaan atau penguatkuasaan perintah tersebut.

“Justeru, Perintah P.U.(A) 141/2025 tersebut kekal sah dan berkuat kuasa,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, KKM dan KPDN kekal komited untuk melaksanakan inisiatif ini secarainklusif, berfasa dan berhemah bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh penggunas erta menyumbang kepada peningkatan ketelusan, akauntabiliti dan kepercayaan dalam sistem kesihatan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd