Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Ni Baru Layak Digelar Ibu, Bukan Jadi Toksik, Tak Pernah Minta Duit Anak..” – Prince Syed

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi keluarga.

Menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman berkongsi momen manis bersama ibunya, sekali gus meluahkan rasa kagum terhadap sikap dan keperibadian wanita tersebut.

“Ini baru betul namanya seorang ibu, layak digelar ibu terbaik,” tulisnya pada Selasa.

Dia turut menyifatkan ibunya sebagai seorang yang tidak pernah bersikap negatif atau toksik, malah sentiasa memainkan peranan sebagai pendamai dalam keluarga.

“Ibu saya sentiasa menjadi aura positif, bukan jadi orang tua yang negatif dan toksik,” kata suami kepada Fatin Syazwani Ishak, 27, itu.

Menurut usahawan berusia 33 tahun itu, ibunya juga tidak pernah mencari kesalahan menantu walau berdepan pelbagai ragam, sebaliknya memilih untuk menenangkan keadaan demi keharmonian keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ibu tak pernah cari salah menantu. Menantu perangai macam-macam pun, ibu tetap jadi pendamai,” ujar Prince Syed.

Tambahnya, sikap ibunya itu secara tidak langsung mengelakkan konflik berpanjangan yang boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan.

“Ibu bukan jenis jadi api atau toksik yang boleh memusnahkan dan meruntuhkan rumah tangga anak-anak,” luahnya.

Dalam pada itu, bapa dua cahaya mata tersebut turut menegaskan ibunya tidak pernah meletakkan beban kewangan kepada anak-anak meskipun dalam keadaan tertentu.

“Tak pernah sekali pun ibu minta sesen duit, walaupun daripada anaknya sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai konflik antara Prince Syed dan keluarga mentua yang didakwa sudah berlarutan sejak kelahiran anak pertama sehingga berlaku insiden serangan fizikal pada 2 November lalu.

Ibu mentuanya, Aminah Haniffa, 55; bapa mentua, Ishak Saif, 59; serta dua adik iparnya iaitu Muhammad Ikhwan Alif Ishak, 22, dan Muhd Syahmi Faiz Ishak, 31, didakwa di mahkamah pada 14 November lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Prince Syed

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd