Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mudahkan Pelanggan Berurusan, Menara Baharu MAIWP Dirasmikan

Bangunan Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dirasmikan membabitkan kos RM264 juta, di atas tapak tanah seluas 24,000 kaki persegi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ibu Pejabat MAIWP telah berpindah lokasi sebanyak tujuh kali sejak penubuhannya.

Menara MAIWP dirasmikan

“Mula beroperasi di Bangunan Lama Pusat Islam, Jalan Lembah Pantai dan berakhir di Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh. MAIWP telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2023 di Menara MAIWP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian Menara MAIWP yang terletak di Lorong Haji Hussien 2, Chow Kit, Kuala Lumpur pada Selasa.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Gempa Bumi Turkiye-Syria, Malaysia Dan MAIWP Salur Lebih AS$2 Juta

MAIWP dalam satu kenyataan berkata, pemilihan lokasi ibu pejabat MAIWP dibuat dengan hasrat memudahkan semua pelanggan, pemegang taruh terutama memudahkan asnaf untuk hadir berurusan.

“Lokasi ini mudah diakses melalui kemudahan pengangkutan awam seperti bas, monorail dan terletak ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut melancarkan simbolik perasmian Menara MAIWP sambil disaksikan Dr Mohd Na’im dan Pengerusi MAIWP, Tan Sri Mohd Daud Bakar.

Sementara itu, MAIWP melancarkan logo Sambutan Jubli Emas 50 Tahun selain telah menyusun pelbagai acara yang akan dijayakan seperti Program Karnival MAIWP, Forum Perdana Ehwal Islam dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd