Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gempa Bumi Turkiye-Syria, Malaysia Dan MAIWP Salur Lebih AS$2 Juta

Kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan lebih AS$2 juta kepada Turkiye dan Syria susulan bencana alam gempa bumi yang membabitkan kedua-duanya negara tersebut, awal Isnin lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, AS$1 juta adalah daripada Kerajaan Malaysia manakala AS$1 juta lagi adalah sumbangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, bantuan disumbangkan oleh rakyat juga akan disalurkan kepada kedua-dua negara tetapi bagi Syria, ia perlu melalui Palang Merah Antarabangsa kerana berdepan beberapa kekangan.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia juga akan menghantar kedua kumpulan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) membabitkan 70 lagi anggota ke Turkiye.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Kementerian Pertahanan sedang menyediakan pasukan perubatan dan paramedik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membina hospital medan di sana yang mampu disiapkan dalam tempoh 48 jam.

Terdahulu, gempa bumi 7.8 magnitud yang berpusat di daerah Pazarcik itu menggegarkan wilayah Kahramanmaras sehingga menjejaskan beberapa wilayah lain.

Sumbeer: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd