Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mahkamah Persekutuan Isytihar Syarat Notis Berhimpun Tak Berperlembagaan

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang.

Mahkamah Persekutuan Isytihar

Mahkamah Persekutuan Isytihar

Mahkamah mendapati bahawa peruntukan berkenaan melanggar hak kebebasan untuk berhimpun seperti yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(b), serta bertentangan dengan prinsip kesamarataan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan ini berpunca daripada permohonan yang difailkan oleh bekas Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Hariri Abdul Hadi, yang mencabar peruntukan perundangan tersebut dan membawa isu ini untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Ogos 2022, Amir Hariri telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kegagalan memaklumkan pihak polis lima hari sebelum mengadakan perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Paip Gas Sementara Selamat Beroperasi 1 Julai, Proses Pemulihan Ikut Piawaian Antarabangsa – JKKP

Syarat notis berhimpun tak berperlembagaan

Pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 9(1) APA 2012 dan dihukum di bawah Seksyen 9(5) yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 jika disabitkan.

Amir kemudian mencabar kesahihan peruntukan berkenaan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonannya untuk membawa isu perlembagaan ini ke Mahkamah Persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan keputusan ini, pimpinan MUDA menyuarakan harapan agar tiada lagi pihak berkuasa menggunakan peruntukan itu sebagai alat untuk menyekat suara rakyat.

Sumber: Berita Harian (Suraya Ali)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd