Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sebar Fakta Salah Tentang Upin & Ipin, YouTuber Indonesia & Pekerja Muzium Mohon Maaf

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia.

Mohon maaf atas salah faham

Permohonan maaf itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube selepas kedua-duanya menerima kecaman susulan dakwaan berkaitan hak cipta siri animasi berkenaan.

“Kami ingin memohon maaf sebesar-besarnya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia atas salah faham dan kekeliruan yang telah kami timbulkan.
“Kami mengakui kenyataan yang dikeluarkan adalah satu kekhilafan dan sama sekali tidak berniat untuk menuntut hak atau merendahkan mana-mana pihak.
“Kami berharap kesalahan ini dapat dimaafkan dan marilah kita berdamai kerana Indonesia dan Malaysia ialah negara serumpun dan berjiran,” kata mereka.

Terdahulu, tular video memaparkan Frans ketika mengunjungi Muzium Wayang di Indonesia bersama Sadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, Sadan mendakwa hak cipta karakter Upin & Ipin yang didakwa asalnya bernama Ariffin telah dibeli oleh sebuah syarikat produksi Malaysia pada tahun 2008.

Dakwaan disangkal

Dakwaan itu bagaimanapun disangkal oleh Les’ Copaque yang menegaskan siri animasi berkenaan merupakan karya asli milik syarikat itu sepenuhnya.

Untuk rekod, Upin & Ipin mula diterbitkan pada tahun 2007 dan kekal popular di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia serta Indonesia.

Sumber: YouTube Frans Sanjaya, FB Les’ Copaque Production Sdn Bhd

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Nasional

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP)...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd