Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aidiladha Bermakna! 13 Tahun Tanpa Bekalan Elektrik, Kini Mekanik Teruja Petik Suis Lampu

Detik penuh bermakna akhirnya tiba buat mekanik, Muhammad Ramadhan Abdul Hamid apabila rumahnya di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling akhirnya menerima bekalan elektrik selepas kisah hidupnya tular di media sosial baru-baru ini.

Lebih menyentuh hati, cahaya lampu kalimantang itu pertama kali menerangi rumah keluarganya menjelang sambutan Aidiladha, sekali gus mengubah suasana kediaman mereka yang sebelum ini bergelap selama bertahun-tahun.

Sedang biasakan diri rumah diterangi lampu

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ramadhan menyatakan isterinya, Nur Afiqah Malek turut meluahkan rasa gembira apabila rumah mereka kini lebih selesa untuk didiami, manakala anak lelaki pasangan itu yang berusia lima tahun dilihat teruja melihat setiap suis yang ditekan bapanya.

Dia berkata sebelum ini mereka hanya bergantung kepada lampu minyak, generator dan panel solar yang disambungkan ke bateri lori sejak 13 tahun lalu termasuk ketika masih tinggal bersama ibu bapanya berhampiran kawasan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya masih membiasakan diri melihat rumah saya diterangi cahaya terang. Semalam adalah kali pertama seluruh rumah dinyalakan sepenuhnya, mewujudkan suasana tempat tinggal yang sama sekali berbeza.
“Saya memasang lapan lampu kalimantang di dalam dan di luar rumah. Kami juga sudah ada kipas siling sekarang,” katanya.

Terharu nyalakan lampu pertama kali depan isteri dan anak

Menurutnya, dia amat terharu apabila dapat menyalakan lampu buat kali pertama di hadapan isteri dan anaknya yang begitu teruja dengan perubahan tersebut.

“Isteri saya mengusahakan kedai makan di luar rumah, jadi sekarang dia merancang untuk menambah menu dan mungkin beroperasi sehingga lewat malam.
“Semalam, anak saya baring di lantai, terpesona melihat lampu-lampu itu. Kini dia boleh belajar pada waktu malam tanpa bergantung kepada cahaya samar,” katanya.

Tambah Ramadhan, suasana rumah mereka kini jauh lebih ceria sekali gus menjadikan sambutan Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat keluarga kecil itu.

“Saya akan menyimpan wang untuk membeli peti sejuk bagi menyimpan sayur-sayuran dan daging. Kami juga merancang untuk terus mengubah suai rumah ini,” katanya sambil memaklumkan kerja pendawaian disiapkan dengan bantuan sepupunya selepas meter elektrik dipasang pada 23 Mei lalu.

Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana berkenan berhenti selepas ternampak beliau membawa kad manila memohon bantuan pada 17 Mei lalu.

“Terima kasih kepada semua pihak, terutamanya Sultan Pahang, kerajaan negeri Pahang, Tenaga Nasional Berhad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, Haris Salleh Hamzah, dan semua pihak yang memberikan sokongan moral serta doa sepanjang beberapa hari lalu,” katanya.

Sebelum ini, Ramadhan menjadi perhatian ramai selepas tindakannya memegang kad manila memohon bantuan daripada Sultan Pahang tular di media sosial susulan kesukaran hidup keluarganya yang masih belum mempunyai bekalan elektrik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd