Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Insiden Putra Heights: Paip Gas Sementara Selamat Beroperasi 1 Julai, Proses Pemulihan Ikut Piawaian Antarabangsa – JKKP

Insiden Putra Heights

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengesahkan kerja pembaikan talian paip gas yang bocor dan terbakar di Putra Heights kini memasuki fasa penting dengan penyambungan semula bekalan melalui paip sementara bermula 1 Julai 2025.

Kerja-kerja ini dilaksanakan secara berfasa, bermula dengan pemasangan paip sementara sepanjang 210 meter menggantikan bahagian yang rosak, selain struktur asas jambatan bersaiz 8 meter x 100 meter turut dibina untuk penstabilan tanah.

“Paip sementara akan mula menyalurkan semula bekalan gas (gas-in) pada 1 Julai 2025 bagi membolehkan pengguna mendapatkan semula bekalan yang stabil,” menurut kenyataan JKKP.

Sebagai langkah keselamatan, beberapa ujian kritikal seperti Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Test – NDT) pada sambungan kimpalan dan ujian tekanan selama 24 jam telah dilaksanakan, dengan keputusan menunjukkan tiada kebocoran atau penurunan tekanan.

Keputusan tersebut turut disahkan oleh JKKP dan pihak ketiga yang berkecuali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fasa kedua pula akan melibatkan penggantian tiga talian paip baharu sepanjang 200 meter setiap satu. Struktur papak konkrit akan digunakan untuk memastikan pemasangan paip baharu lebih selamat dan tahan lama.

Rekabentuk kejuruteraan sedang dimuktamadkan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2026.

JKKP memberi jaminan bahawa semua kerja ini mematuhi kod teknikal dan piawaian antarabangsa termasuk ASME B31.8 (Gas Transmission and Distribution Piping Systems).

Kontraktor terlibat juga telah berdaftar dan memenuhi syarat ketat JKKP, manakala prosedur kimpalan serta kelayakan pengimpal dipantau secara rapi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: RM40 Juta Diperuntukkan Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas

JKKP memahami keperluan mendesak penduduk dan perniagaan untuk mendapatkan bekalan gas yang selamat dan stabil secepat mungkin serta komited untuk terus memantau setiap peringkat projek ini,” katanya lagi.

Sebagai langkah kawalan tambahan, PETRONAS telah diarahkan untuk menyediakan akses pemantauan masa nyata ke atas sistem injap isolasi bagi membolehkan sistem ditutup segera sekiranya berlaku kecemasan.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Dunia

Tentera Israel didakwa bertindak kejam terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang kini ditahan di Penjara Ktziot termasuk penggunaan senjata perenjat elektrik (taser)...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd