Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jasad Nur Izzati Ditemui 500 Meter Dari Lokasi Terakhir, Tiada Tanda Diserang Haiwan Liar

Jasad remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan hari ini dalam keadaan sempurna.

Ditemui tidak bernyawa pagi tadi

Memetik laporan daripada Kosmo! mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 11.58 pagi di kawasan kebun selepas hampir empat hari pencarian dijalankan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lokasi mangsa ditemukan terletak kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir beliau dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Pemerhatian awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dengan berpakaian penuh serta tiada tanda-tanda serangan haiwan liar dikesan di lokasi,” katanya.

Mayat diserahkan kepada PDRM sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada pukul 1.28 tengah hari, 23 Mei lalu sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi SAR membabitkan anggota BBP Kuala Kubu Bharu dengan bantuan BBP Tanjung Malim, Unit K9 JBPM serta pelbagai agensi lain termasuk PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Tanah, Jabatan Hutan, Malim Gunung dan sukarelawan.

Mukhlis berkata, operasi pencarian hari kedua dilakukan di lokasi terakhir mangsa dilihat dengan radius pencarian diperluaskan sehingga 0.43 kilometer persegi yang turut dibantu dua ekor anjing Unit K9 JBPM selain tiga dron milik Pejabat Tanah Kuala Kubu Bharu dan Pejabat Tanah Muallim.

“Pencarian diteruskan pada hari ketiga dengan kekuatan tambahan daripada pelbagai agensi termasuk Malim Gunung dan sukarelawan, sebelum radius pencarian diperluaskan lagi sehingga 0.65 kilometer persegi.
“Pencarian kemudian disambung semula pada pukul 9 pagi hari ini sebelum pasukan berjaya menemukan mangsa pada pukul 11.58 pagi, sekali gus menamatkan operasi SAR yang berlangsung hampir empat hari,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! (Harrith Hisham)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd