Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala Dunia Sepak Takraw: Thailand Tarik Diri, Ahmad Jais Akui Tak Puas Hati Malaysia Menang Percuma

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas Thailand bertindak menarik diri ketika aksi final regu berpasukan, malam tadi.

Keputusan dramatik itu menyaksikan Malaysia dianugerahkan kemenangan 2-1 selepas skuad Gajah Putih enggan meneruskan perlawanan susulan tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil dalam aksi penuh kontroversi di laman sendiri.

Menurut Ahmad Jais, bantahan terhadap keputusan pengadil sepatutnya diselesaikan secara profesional dan kedua-dua pasukan perlu meneruskan perlawanan bagi menentukan juara sebenar di gelanggang.

“Kalau kita tengok daripada video rujukan, memang jelas kaki pemain Thailand melepasi bawah jaring dan mungkin mereka tidak dapat menerima keputusan itu.
“Bagi saya, yang berlaku ialah keputusan pengadil dan kita perlu menerima sebarang keputusan telah dimuktamadkan dengan hati terbuka. Apa-apa juga kesilapan yang kita lakukan perlu diterima,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Beliau pada masa sama mengakui kejayaan menjulang trofi dalam keadaan sedemikian bukan sesuatu yang memuaskan buat dirinya sebagai jurulatih.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak berpuas hati dengan kemenangan sebegini, namun mungkin ini rezeki pasukan kita untuk mencipta kejayaan dalam keadaan seperti ini dan kita perlu menerima serta meraikannya,” katanya lagi.

Tambah beliau, tanpa kontroversi tersebut, kedua-dua pasukan sebenarnya masih mempunyai peluang sama rata untuk memburu gelaran juara.

Dalam pada itu, Ahmad Jais tetap memuji komitmen tinggi dipamerkan anak buahnya yang berjuang habis-habisan meskipun turun tanpa tekong utama negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi yang mengalami kecederaan.

“Dari segi prestasi, pemain-pemain kita telah memberikan yang terbaik, bermain bermati-matian dan menunjukkan semangat juang tinggi. Mereka sememangnya berhak mencipta kejayaan walaupun berlaku kontroversi.
“Namun, itu lumrah dalam permainan dan saya percaya pemain-pemain kita mempunyai karakter untuk terus mencipta kejayaan. Mereka perlu bekerja lebih keras selepas ini bagi mendominasi lebih banyak kejohanan antarabangsa,”ujar beliau.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan dominasi Thailand yang sebelum ini muncul juara dalam tiga edisi terdahulu kejohanan berprestij tersebut.

Sementara itu, pengurus pasukan Thailand, Auychai Srisuwan turut meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa keputusan pengadilan sepanjang aksi final berlangsung.

Menurutnya, skuad Thailand merasakan beberapa keputusan tidak memihak kepada mereka selain mendakwa berlaku kelewatan permainan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Thailand tidak mempunyai sebarang masalah dengan skuad negara mahupun penyokong Malaysia sepanjang kejohanan berlangsung.

Sumber: Sinar Harian

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd