Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Lidah Faisal Halim Kelu, Disoal Anak Mengenai Kekalahan Harimau Malaya

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mengaku lidahnya kelu apabila disoal anak mengenai kekalahan skuad negara di tangan Jordan dan Bahrain dalam kempen Piala Asia 2023, baru-baru ini.

Faisal Halim kelu disoal anak

Faisal Halim berkata, lidahnya kelu apabila disoal anak yang menelefonya dan bertanya mengenai kekalahan Harimau Malaya sehingga  tidak tahu memberi jawapan.

“Apabila anak saya telefon, dia tanya, ‘Daddy, kenapa kalah?’ Saya sebagai Daddy nak jawab apa? Jadi, saya sebagai pemain kesal dengan kekalahan baru-baru ini,”ujarnya.

Faisal Halim kelu disoal anak

Artikel lain: Terima Kasih, Birthday Boy Faisal! Jaringan Faisal Halim Selamatkan Harimau Malaya

Harimau Malaya bakal beri aksi lebih baik menentang Korea Selatan

Dalam pada itu, Faisal yang mesra dipanggil ‘Mickey’ mengaku aksi terakhir kumpulan E berdepan Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada Khamis ini bukan sesuatu yang mudah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, berkemungkinan soalan tersebut akan ditanya semula oleh anaknya selepas Harimau Malaya beraksi menentang Korea Selatan nanti.

Justeru itu, Faisal dan rakan sepasukannya berazam untuk memberikan aksi tiga kali ganda terbaik berbanding sebelum ini.

“Sudah tentu, apa yang kami borak sesama pemain ketika di meja makan dan di dalam bas, apa jadi pun apabila lawan Korea Selatan nanti, kami kena beri aksi terbaik.
“Takkan kami nak balik dengan bolos banyak? Kmai beri aksi lebih tiga kali ganda bertemu Korea Selatan nanti,”kata Faisal Halim.

Faisal Halim kelu disoal anak

Pemain Kelahiran Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Itu berkata, Korea Selatan adalah pasukan Piala Dunia yang mempunyai kelas tersendiri.

Dirinya juga merasakan peluang skuad negara untuk memenangi perlawanan pada kali ini adalah tipis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika seri ia adalah yang terbaik untuk pasukan. Di atas kertas, sememangnya kami sudah kalah tapi kami sebagai pemain tak nak kalah,” katanya lagi.

Sebelum ini, skuad kendalian Kim Pan-gon tewas 0-4 di tangan Jordan dalam aksi pembukaan sebelum ‘dibaham mudah’ 0-1 kepada Bahrain pada Sabtu lalu.

Ia sekaligus menutup terus harapan Harimau Malaya untuk mara ke peringkat seterusnya bagi merebut gelaran juara Piala Asia 2023.

Sekadar info, Harimau Malaya kembali beraksi di pentas Piala Asia selepas kali terakhir sebagai tuan rumah pada tahun 2007.

Bagaimanapun, secara rasminya gagal melepasi peringkat kumpulan selepas mengharungi dua perlawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd