Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pan Gon Bertanggungjawab, Salahkan Diri Sendiri Punca Harimau Malaya ‘Bungkus Awal’

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon bertanggungjawab dan tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri susulan skuad kebangsaan ‘bungkus awal’ di peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

Memetik BH Online, Pan Gon yang merupakan pengendali dari Korea Selatan itu menganggap kesalahan Harimau Malaya datang daripada dirinya yang meletakkan harapan terlalu tinggi.

Justeru itu, beliau bertanggungjawab terhadap keputusan yang diraih skuad negara sepanjang kejohanan tersebut berlansung di Qatar.

“Tiada apa yang salah, inilah (tahap) di mana kami berada. Mungkin jurulatih salah, saya memiliki harapan yang sangat tinggi.
“Saya berikan impian terlalu tinggi. Mungkin saya beri harapan terlampau tinggi kepada orang ramai dan pemain, mungkin silap saya,”ujarnya.

Pan Gon Harimau Malaya

Pan Gon berkata sebagai jurulatih, beliau menyifatkan kekalahan tersebut adalah masalah dirinya dan bukan terletak pada pemain mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E di Stadium Jassim bin Hamad, malam tadi.

Artikel lain: Harimau Malaya Sedia Benam Jordan – “Kami Yakin Mampu Halang Mereka”

Pan Gon Harimau Malaya

Kredit Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Ia sekaligus membuatkan skuad Harimau Malaya mengucapkan selamat tinggal pada kempen Piala Asia.

Pada perlawanan tersebut, Harimau Malaya membuat rombokan dalam kesebelasan utama dengan menggunakan formulasi 5-4-1 apabila mempertaruhkan lima pemain pertahanan.

Pan Gon Harimau Malaya

Pemain Malaysia, Paulo Josue (kiri) diasak pemain Bahrain, Mohamed Al Hardan dalam aksi Piala Asia 2023 di Stadium Jassim bin Hamad, Doha. – Kredit Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Pada Selasa lalu, skuad kebangsaan juga tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi pertama dengan menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata dan jaringan.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya, Pan Gon menjelaskan bahawa Harimau Malaya tidak berjaya mengawal dan mendominasi permainan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau bagaimanapun memahami kesukaran pemain untuk memberikan saingan terbaik kepada pasukan lain di pentas tinggi seperti Piala Asia yang mana mereka layak secara merit buat kali pertama selepas 43 tahun.

Kekalahan skuad itu sah tersingkir di peringkat kumpulan meskipun masih berbaki satu perlawanan menentang Korea Selatan pada Khamis ini di Stadium Janoub.

Sumber: BH Online (Zulfaizan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd