Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lepas Keracunan Makanan, Tentera Israel Dijangkiti Penyakit Parasit

Akhbar Maariv Israel memetik sumber perubatan mendedahkan puluhan tentera Israel dilaporkan dijangkiti Leishmania atau penyakit parasit di sekitar Semenanjung Gaza.

Difahamkan, berpuluh-puluh anggota tentera menjalankan ujian makmal di klinik dermatologi di hospital Israel bagi mengesahkan perkara tersebut.

Tentera Israel dijangkiti penyakit parasit

Artikel lain: Tentera Israel Diserang Demam Panas, Cirit-Birit Akibat Keracunan Makanan

Untuk pengetahuan semua, parasit Leishmania menjangkiti manusia melalui gigitan lalat pasir yang kecil dan setiap gigitan akan menyebabkan keradangan kulit yang menyakitkan, selain tidak sembuh dan bertahan selama beberapa minggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih menakutkan, ia akan meninggalkan parut kekal pada kulit jika tidak dirawat dengan cepat.

Sebelum ini, tentera Israel yang berperang di Semenajung Gaza dikatakan mengalami demam panas dan cirit-birit akibat keracunan makanan yang disediakan oleh restoran dan individu daripada sumber tercemar.

Israel cirit-birit

Difahamkan, penyimpanan, pengangkutan dan penyediaan makanan yang lemah menjadi punca kepada peningkatan penyakit gastrousus atau cirit-birit yang teruk dan demam pada suhu tinggi dalam kalangan tentera.

“Cirit-birit merebak dalam kalangan tentera Israel di selatan merentasi pelbagai kawasan tumpuan, dan kemudian merebak di kalangan tentera yang pergi bertempur di Gaza.
“Kami mendiagnosis jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disentri, penyakit yang sangat berbahaya yang telah merebak di kalangan pejuang di Gaza,” jelas Ketua Unit Penyakit Berjangkit di Hospital Universiti Assuta Ashdod, Dr Tal Brosh.

Israel cirit-birit

Selain beri kesan kepada kesihatan, qabak penyakit tersebut membuatkan urusan operasi tentera itu terganggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Sukan

Jenama pakaian terkenal, Elrah, mengesahkan akan menjadi penaja kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bagi menghadapi saingan musim hadapan, sekali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd