Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Buli UPNM: Lima Pegawai Kadet Diberhentikan, Diarah Bayar Ganti Rugi

Lima pegawai kadet (PK) Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diberhentikan dan diarah membayar ganti rugi susulan terbabit dalam tiga kes penganiayaan yang berasingan.

Lima Pegawai Kadet diberhentikan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 semalam meluluskan syor tersebut dimana tindakan diambil oleh pihak UPNM sendiri mahupun Jabatan Peguam Negara.

“ALK mengesyorkan tindakan terhadap semua pelaku termasuk pembatalan pelantikan sebagai PK, pemberhentian kerja daripada perkhidmatan tentera dan mengenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan yang dikira daripada perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Khaled berkata, bagi kes pertama, pelaku Amirul Iskandar Norhanizan, 22, didapati melakukan penganiayaan terhadap Muhammad Salman Mohd. Saiful Surash, 20, dengan menggunakan seterika wap yang panas.

Lima Pegawai Kadet

“Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dan dikenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan sejumlah RM44,600.
“Pelaku juga telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 8 November 2024 dan prosiding masih berjalan,” ujarnya.

Artikel lain: Kes Buli UPNM: Suspek Pijak Perut Mangsa Pakai But Spike Mengaku Tidak Bersalah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi kes kedua pula, Mohamed Khaled berkata ia melibatkan penganiayaan terhadap Alief Ahsreihan Ahslemy melalui maklumat awal yang diterima oleh Ketua Kompeni daripada seorang pensyarah di UPNM.

“Tiga pelaku iaitu Izzat Izuddin Mohammad Arif, Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan dan Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam ATM dan masing-masing dikenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan sejumlah RM48,452,  RM19,481, dan RM44,600,” katanya.

Sementara itu, kes ketiga melibatkan penganiayaan terhadap Yeong Kian Rui yang telah dikenal pasti oleh jurulatih selepas curiga ketika mangsa meminta bagi mendapatkan rawatan perubatan.

“Pelaku Ammar Hafiy Muhammad Habib telah melakukan tindakan salah laku secara fizikal yang menyebabkan kecederaan ‘soft tissue injury over lower back secondary to trauma’ kepada mangsa.
“Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam ATM dan dikenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan sejumlah RM32,115,” ujar Mohamed Khaled.

Lima Pegawai Kadet

Susulan itu, beliau menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penganiayaan dalam mana-mana institusi ketenteraan dan akan terus menambah baik mekanisme pencegahan bagi mengelakkan kejadian penganiayaan berulang.

Lima Pegawai Kadet

“MINDEF memberi komitmen untuk memastikan sebarang tindakan yang bertentangan dengan etika dan peraturan yang telah ditetapkan akan ditangani dengan tegas dan keras.
“Malah, MINDEF berharap agar keputusan ini menjadi pengajaran kepada semua pihak serta dapat memulih dan memperkasa nilai-nilai ketenteraan (military value) yang sepatutnya diamalkan,” tegasnya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd