Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemilik Tanah Beri Kebenaran Punca Penempatan & Flat Rohingya Di Sungai Tekali

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga asing membina dan mendiami kawasan berkenaan.

Bukan perkara baru san sudah dibangkitkan

Menerusi kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz di media sosial, perkara itu bukan isu baharu dan telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Hulu Langat sejak tahun lalu bagi mendapatkan perhatian serta tindakan daripada agensi berkaitan.

“Pelbagai tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan operasi sudah dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan.
“Namun, punca utama ialah tindakan pihak pemilik tanah yang membenarkan penggunaan tanah bagi tujuan penempatan dan pembinaan struktur tanpa kelulusan, termasuk menyediakan kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik.
“Itu bukan saja melanggar peraturan yang ditetapkan, malah menyukarkan usaha agensi kerajaan untuk menangani isu itu secara berkesan,” katanya.

Tindakan tidak boleh tertumpu kepada penghuni sahaja

Menurut Johan, sebahagian maklumat mengenai tindakan yang telah diambil tidak boleh didedahkan kepada umum kerana melibatkan operasi penguatkuasaan yang masih berjalan.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat dan tindakan yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan, jelas bahawa peranan pemilik tanah antara faktor utama yang menyumbang kepada berlarutan isu ini.
“Atas sebab itu, tindakan tidak boleh hanya tertumpu kepada penghuni semata-mata, sebaliknya perlu memberi fokus kepada pihak yang membenarkan dan memudahkan aktiviti ini berlaku di atas tanah milik mereka,” katanya.

Akan bangkitkan semula dalam Mesyuarat Tindakan Daerah

Beliau turut memaklumkan akan membangkitkan semula perkara itu dalam Mesyuarat Tindakan Daerah akan datang bagi memastikan tindakan lebih menyeluruh dapat diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berpandangan semua pihak yang terbabit perlu diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa agar isu ini dapat diselesaikan secara menyeluruh dan berkesan,” katanya.

Menurut maklumat yang dikongsikan Johan, dianggarkan kira-kira 400 individu etnik Rohingya dipercayai membina dan mendiami perkampungan di lokasi tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penyampai radio dan pelakon, Pak Azad yang membantu membawa isu berkenaan ke perhatian umum.

Terdahulu, video tular yang dimuat naik Pak Azad memaparkan sebuah bangunan seakan flat empat tingkat dalam keadaan uzur dengan sambungan paip air serta pendawaian elektrik yang mencurigakan, dipercayai didiami komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat.

Sumber: Facebook Datuk Johan Abd Aziz 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd