Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Premis Didakwa Jadi Sekolah Etnik Rohingya, Pelajar Hadir Naik Kereta Mewah

Sebuah lagi premis yang dipercayai dijadikan pusat pendidikan untuk kanak-kanak etnik Rohingya dikesan beroperasi di Kampung Telaga Mengkudu, Bukit Payong, Marang.

Cetus kebimbangan warga setempat

Memetik laporan daripada Harian Metro, premis yang didakwa beroperasi di tingkat satu kompleks Majlis Daerah Marang (MDM) sejak tahun 2024 itu dikatakan mempunyai tiga bilik darjah dan menjadi tempat pembelajaran puluhan kanak-kanak etnik Rohingya.

Kewujudan pusat pendidikan tersebut bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat, malah mencetuskan persoalan mengenai bagaimana premis berkenaan boleh disewa oleh warga asing.

Pernah berlaku ketegangan

Walau bagaimanapun, hasil tinjauan media mendapati operasi pusat pendidikan itu dipercayai telah ditutup sejak 7 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas pengawal keselamatan, Alias Muda, 69, berkata kehadiran pusat pendidikan berkenaan pernah menimbulkan ketegangan antara komuniti Rohingya dan penduduk tempatan.

“Pernah berlaku pertengkaran antara etnik Rohingya dengan penduduk setempat selepas mereka ditegur supaya menjaga kebersihan.
“Kanak-kanak itu mencampakkan sampah, termasuk bekas sisa makanan daripada tingkat atas bangunan berkenaan,” katanya.

Jadikan kawasan sekeliling kompleks penempatan

Menurut Alias, kira-kira 40 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun mengikuti pengajian di pusat berkenaan dengan tujuh tenaga pengajar yang didakwa merupakan penduduk tempatan.

Seorang lagi penduduk, Zaidi Ngah, 56, mendakwa sikap segelintir ibu bapa pelajar Rohingya turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk.

“Mereka seolah-olah mahu menjadikan kawasan sekeliling kompleks sebagai penempatan mereka.
“Pergaduhan antara masyarakat setempat dan etnik Rohingya hampir tercetus apabila mereka membawa kira-kira 50 tayar kenderaan untuk dibina taman permainan di tanah kosong belakang kompleks,” katanya.

Sementara itu, Azam Muda, 66, mendakwa pusat pendidikan tersebut dikendalikan tujuh tenaga pengajar bersama seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang dipercayai bertindak sebagai guru besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, pelajar yang mengikuti kelas di situ dihantar ibu bapa masing-masing menggunakan kenderaan mewah.

“Kita pernah menegur tenaga pengajar dan guru besar pusat pendidikan itu supaya menasihatkan pelajar supaya menjaga kebersihan dan tidak mencampakkan sampah daripada tingkat atas bangunan berkenaan.
“Tetapi mereka mendakwa sukar untuk menasihatkan pelajar bimbang akan dipecat serta dimarahi ibu bapa mereka,” katanya.

Dalam pada itu, usaha mendapatkan penjelasan daripada Yang Dipertua MDM, Khairil Anuar Sheikh Mahmood berhubung perkara tersebut dilaporkan tidak berjaya.

Sumber: Harian Metro (Baharom Bakar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd