Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kerajaan Israel Dilapor Luluskan Penutupan Pejabat Dan Saluran TV Al Jazeera

Kerajaan Israel dilaporkan telah secara sebulat suara untuk meluluskan penutupan pejabat dan saluran televisyen Al Jazeera di negara tersebut pada Ahad.

Menerusi satu laporan Bernama, Menteri Komunikasi Shlomo Karhi berkata, organisasi berita yang berpangkalan di Qatar itu tidak lagi dibenarkan beroperasi di Israel secara rasmi selepas beliau menandatangani dekri.

Foto: The Times of Israel

“Sesiapa yang menghasut terhadap negara Israel, tidak lagi akan bersiaran dari Israel dan kelengkapannya akan disita,” katanya seperti dipetik Xinhua.

Beliau juga berkata, tindakan tersebut diambil selepas Parlimen Israel atau Knesset meluluskan satu undang-undang yang memberikan kuasa kepada Kabinet untuk menutup siaran luar di Israel pada April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menganggap mereka berdasarkan pendapat perkhidmatan keselamatan Israel, merupakan satu ancaman kepada negara,” ujarnya.

Sementara itu, keputusan yang dibuat Kabinet membolehkan operasi Al Jazeera dalam bahasa Arab dan Inggeris boleh dihentikan di Israel dalam tempoh awal selama 45 hari dengan kemungkinan untuk beroperasi kembali tidak diketahui.

Foto: The Times of Israel

Untuk makluman, Israel mendakwa siaran saluran televisyen Al Jazeera mempunyai hubungan rapat dengan Hamas kerana dianggap bersifat pro-Palestin dalam liputan selain menyiarkan tindakan Israel di kawasan yang diduduki di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, bagaimanapun telah dinafikan sekerasnya oleh saluran televisyen tersebut.

Sumber: Bernama-Xinhua

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd