Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jambatan Di Baltimore Runtuh, Kerajaan AS Luluskan Bantuan Kecemasan RM282.84 Juta

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah luluskan bantuan kecemasan berjumlah AS$60 juta (RM282.84 juta) kepada Maryland pada Khamis.

Memetik laporan Reuters, bantuan kecemasan itu diberikan susulan daripada insiden keruntuhan Jambatan Francis Scott Key di Baltimore pada Selasa.

Gabenor Maryland, Wes Moore meminta bantuan kecemasan itu pada Jumaat namun Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan Jabatan Pengangkutan AS telah meluluskan tuntutan itu dalam beberapa jam sahaja.

Walaupun pembiayaan seperti ini mengambil masa beberapa hari, namun Presiden Joe Biden mengarahkan kerajaan Persekutuan untuk melakukan apa sahaja bagi mempercepatkan proses pembinaan jambatan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan AS luluskan bantuan kecemasan RM282.84 juta

Moore berkata keutamaan mereka ialah mencari dan mendapatkan pekerja binaan yang sedang melakukan penambahbaikan di jambatan itu ketika kapal yang dikenali sebagai Dali melanggar jambatan itu pada Selasa.

Dalam pada itu, sebelum sebarang tindakan diambil, satu pasukan pakar akan dipanggil untuk menilai langkah mengeluarkan kapal yang tersebut yang penuh dengan beribu-ribu kontena.

Artikel berkaitan: Jambatan Utama Baltimore Runtuh Dirempuh Kapal Kargo, Ini Puncanya

Jurutera Tentera AS juga akan membawa masuk kren terbesar di mereka untuk mengalihkan kepingan-kepingan jambatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kapal Dali mempunyai panjang hampir sama dengan Menara Eiffel dan ia berada di bawah Jambatan Key yang mempunyai berat 3,000 atau 4,000 tan keluli,” kata Moore.

Sementara itu, operasi menyelamat mangsa turut dihentikan kerana serpihan kapal dan jambatan menghalang cahaya matahari sehingga menyebabkan kesukaran kepada penyelam untuk menyelam.

“Penyelam hanya dapat melihat satu atau dua kaki di hadapan mereka saja,” ujar Moore.

Pada masa yang sama, pegawai Maryland berkata bantuan kecemasan itu akan digunakan untuk menyokong operasi, penyingkiran serpihan dan mejadi asas untuk pemulihan cepat.

Selain itu, Maryland juga berkemungkinan akan menerima bantuan kecemasan tambahan semasa penilaian kerosakan berlangsung.

Sekadar info, kapal Dali daripada Singapura yang berada dalam perjalanan ke Sri Lanka dikatakan hilang kawalan disebabkan tiada kuasa sebelum melanggar jambatan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jambatan itu kemudian terhempas di muara Sungai Patapsco hampir serta-merta dan menyekat lorong perkapalan sekaligus memaksa penutupan Pelabuhan Baltimore, salah satu pelabuhan tersibuk di AS.

Sumber: Reuters

+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Spotlight

Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, heboh di media sosial berikutan kandungan keputusan cerai Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali gus memaparkan punca perpisahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd