Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Buat Kecoh Di Batu Caves Pula, ‘Inspektor Sheila’ Ditahan Polis

Tular di media sosial beberapa rakaman video memaparkan seorang pegawai polis yang kini digantung tugas, dikenali sebagai ‘Inspektor Shiela’, sekali lagi mencetuskan kekecohan sehingga ditahan di kawasan Batu Caves, malam tadi.

Inspektor Sheila buat hal lagi

Menerusi video yang dimuat naik, wanita berkenaan yang mengenakan baju serta seluar pendek berwarna hitam dilihat digari oleh dua anggota polis wanita, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Inspektor Sheila buat provokatif

Sebelum itu, beberapa pengguna media sosial mendakwa ‘Inspektor Shiela’ bertindak secara provokatif terhadap orang awam di sekitar kawasan kuil, termasuk meminta mereka menunjukkan kad pengenalan diri.

Walau bagaimanapun, punca sebenar pertelingkahan antara wanita berkenaan dengan orang awam masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu lagi video yang tular, ‘Inspektor Shiela’ turut dilihat sempat menyampaikan ‘ucapan’ kepada orang ramai selepas ditahan polis.

“Untuk maklumat semua, Inspektor Shiela akan menjadi lagi famous (popular) dalam kalangan rakyat Malaysia. Terima kasih kerana sudi menahan saya pada hari yang mulia ini, Hari Thaipusam.
“Kalau saya tak popular, kalau benda ni tak masuk berita dan saya meraih populariti anda tunggu dan lihat. Pihak polis sememangnya cemburu kerana saya memang popular di kalangan pihak media, di kalangan rakyat Malaysia,” katanya bersuara lantang.

inspektor sheila

Artikel lain: Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan, Berpunca Akibat Rasa Tidak Puas Hati – Ketua Polis KL

Sementara itu, memetik laporan daripada Kosmo! Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir menerusi satu kenyataan mengesahkan tangkapan terhadap ‘Inspektor Shiela’ yang dibuat pada malam berkenaan.

Sumber: TikTok onzzboyy, Kosmo! 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd