Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan, Berpunca Akibat Rasa Tidak Puas Hati – Ketua Polis KL

Tiga laporan telah dibuat oleh pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Sheila atas sebab rasa tidak puas hati terhadap beberapa insiden melibatkan dirinya.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan, laporan pertama dibuat wanita itu berkenaan rasa tidak puas hati ekoran tangkapan terhadapnya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Buat tiga laporan polis

Inspektor Sheila Buat tiga laporan polis

“Laporan ini dirujuk kepada laporan asal untuk semakan menurut prosedur siasatan,” kata Fadil pada Jumaat.

Laporan kedua pula dibuat kerana wanita itu mendakwa anggota polis tidak menghormatinya selaku pegawai kanan dalam badan beruniform tersebut.

“Hasil penelitian, kes itu diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) sebelum dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS),” jelasnya.

Manakala, laporan ketiga dikemukakan kerana Inspektor Sheila tidak berpuas hati terhadap seorang peniaga makanan di bawah pokok Ketapang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai NOD (No Offence Disclosed) selepas semakan mendapati tiada elemen kesalahan,” kongsinya.

Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial memaparkan Sheila menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan di ibu negara.

Difahamkan, Sheila bertikam lidah bersama seorang lelaki yang dipercayai pemilik gerai berkenaan yang didakwa melakukan kekerasan terhadap dirinya.

Terdahulu, media melaporkan wanita itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lalu.

Artikel lain: Inspektor Sheila Buat Hal Lagi? Tular Video Dakwa Disentuh Peniaga – “Apa Hak Awak?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd