Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hujan Lebat Diramal Landa Hampir Semua Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berikutan jangkaan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga jam 7 malam ini.

Hujan hampir di semua negeri

Menurut MetMalaysia, di Semenanjung, cuaca buruk dijangka melibatkan seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Selain itu, beberapa daerah di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim turut diramalkan mengalami hujan lebat. Keadaan sama dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Bau dan Kuching di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Lubok Antu di Sri Aman, Julau dan Meradong di Sarikei, selain Sibu, Daro, Matu, Dalat dan Mukah di Mukah, Song di Kapit serta Bintulu, Miri dan Limbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, di Sabah, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Pedalaman merangkumi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan. Turut terlibat ialah kawasan Pantai Barat, Tawau dan Kudat.

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.

Menurut jabatan itu, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat petunjuk berlakunya ribut petir yang mampu menghasilkan taburan hujan melebihi 20 milimeter sejam, sama ada sedang berlaku atau dijangka berterusan melebihi tempoh sejam.

Artikel lain: Taburan Hujan Rendah, Cuaca Panas Dijangka Berterusan Hingga Jun – MetMalaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Maisarah Ariffin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd