Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Harga Minyak Global Melonjak, Kerajaan Terus Kekal Subsidi Demi Lindungi Rakyat – MoF

Krisis tenaga global yang semakin meruncing kini memberi tekanan ketara kepada pasaran domestik, susulan lonjakan mendadak harga minyak diproses, khususnya diesel yang mencecah paras AS$250 setong.

Lebih membimbangkan, struktur harga diesel didapati jauh lebih tinggi berbanding petrol, yang kini berada sekitar AS$150 setong.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), tekanan sebenar terhadap harga runcit berpunca daripada harga produk ditapis berbanding harga minyak mentah Brent, yang melepasi AS$100 setong selepas meningkat lebih 40 peratus.

Dalam usaha melindungi kesejahteraan rakyat, kerajaan menegaskan komitmen untuk tidak memindahkan sepenuhnya beban kenaikan harga global kepada pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sejak krisis Asia Barat meletus, Kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam, malah masih menampung sebahagian kos subsidi petrol dan diesel bagi tempoh tiga minggu berturut-turut,” menurut MoF.

Gambaran tekanan kos global dapat dilihat melalui anggaran harga runcit tanpa subsidi bagi 2 hingga 8 April 2026, apabila harga diesel di Semenanjung Malaysia diunjurkan meningkat kepada RM6.02 seliter.

Sementara itu, harga RON97 tanpa subsidi mencatatkan penurunan kepada RM4.95 seliter berbanding RM5.15 sebelumnya, manakala RON95 kekal pada RM3.87 seliter.

Kerajaan terus melindungi pengguna sasaran dengan mengekalkan harga bersubsidi RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter.

Harga diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), termasuk bagi pengguna di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kekal pada RM2.15 seliter.

Sebagai langkah penyesuaian sementara, kerajaan mengehadkan kelayakan BUDI95 kepada kuota 200 liter sebulan mulai 1 April 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah itu merupakan pendekatan interim bersyarat sehingga pasaran global kembali stabil.

Artikel lain: Harga Minyak Global Naik, Subsidi Budi Madani RON95 Dikekalkan -MoF

Selain itu, kerajaan meneruskan bantuan tunai tambahan interim BUDI Diesel sebanyak RM100 bagi April, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi kekal RM300 sebulan.

Penguatkuasaan lebih tegas turut dilaksanakan, termasuk had pengisian maksimum 50 liter untuk kenderaan ringan persendirian, 100 liter untuk kenderaan barangan bawah tiga tan, dan 150 liter bagi lori melebihi tiga tan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melangkah ke hadapan, MoF sedang memperhalusi pelan sokongan jangka sederhana dan panjang bagi memastikan sistem subsidi kekal mampan, selari dengan kesejahteraan rakyat dan keperluan fiskal negara.

Sumber: FB Kementerian Kewangan

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd