Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Hantar Sihat, Ambil Tak Sedarkan Diri” – Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia

Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan meninggal dunia pada 22 April lalu selepas tujuh hari bertarung nyawa di hospital, dipercayai selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuh pada 15 April.

Menurut laporan Buletin TV3, mangsa Aufa Zayyana Mohamad Zaerwafar dihantar oleh ibunya, Aisyawati Isa, 34, dalam keadaan sihat dan ceria ke rumah pengasuh pada pagi hari kejadian.

Bagaimanapun, pada petang hari sama sekitar 5.20 petang, pengasuh menghubungi ibu mangsa untuk memaklumkan bayi berkenaan tidak sedarkan diri sebelum segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Sangat sedih sebab anak saya dihantar dalam keadaan yang sihat. Tiba-tiba waktu saya ambil dia dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.
“Biasa bila saya datang ambil, Aufa nampak ceria dan teruja. Tetapi kali ini keadaannya sangat berbeza,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 di kediamannya di Taman Sri Wang Fasa 1, Arau.

Mangsa pada mulanya menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Buletin TV3

Selepas tujuh hari berada dalam keadaan kritikal, bayi itu disahkan meninggal dunia pada jam 3.08 petang, 22 April lalu.

Bapa mangsa, Mohamad Zaerwafar Che Mat Zaidin, 34, memaklumkan bahawa satu bukti penting telah diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kami tidak mahu membuat spekulasi. Apa yang kami harapkan adalah kebenaran dan keadilan untuk anak kami,” ujarnya.

Difahamkan, bayi berkenaan merupakan anak kedua pasangan itu dan baru kira-kira sebulan dijaga oleh pengasuh terbabit yang tinggal berhampiran kediaman mereka.

Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di kampung halaman keluarga di Jeli, Kelantan.

Peguam yang mewakili keluarga, Zuhair Ahmad Zakuan memaklumkan pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati memandangkan siasatan masih dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memandangkan siasatan sedang berjalan, kami memilih untuk tidak mengulas lanjut buat masa ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber: Buletin TV3 (Amira Suraini Che Mohamad)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd