Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Guru Denda Pelajar Squad 200 Kali Hingga Rosak Buah Pinggang

Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Liu mengalami kerosakan buah pinggang selepas guru denda pelajar squad sebanyak 200 kali  dan berlari mengelilingi sekolah di wilayah Hunan, China.

Menurut laporan Tribun News, pelajar yang berusia 14 tahun itu dikenakan hukuman tersebut gara-gara bersembang di kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Sekolah Menengah Quantang daerah Changsha di Kota Jingzhou, Ningxiang, wilayah Hunan.

Guru denda pelajar squad

Artikel lain: Guru Parah Ditetak Pelajar, Tak Terima Dapat Markah Peperiksaan Teruk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Liu telah mengalami sakit pada ototnya dan sukar berjalan selepas melakukan 200 kali senaman cangkung selepas membuat senaman tersebut.

Apa yang lebih memeranjatkan, Liu mengalami kencing berwarna teh malah dia diminta untuk membuat latihan berlari oleh gurunya meskipun masih belum pulih.

Liu telah pengsan selepas membuat enam pusingan larian dan pihak sekolah menelefon ibu pelajar tersebut untuk menjemput pulang ke rumah.

Gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibunya kemudian membawa Liu ke Hospital Rakyat Ningxiang selepas mendapati anaknya itu kencing berdarah.

Hasil pemeriksaan mendapati Liu dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan risiko buah pinggang remaja itu kemungkinan gagal berfungsi jika lewat sejam.

Doktor turut memberitahu Liu berkemungkinan meninggal dunia jika terlewat mendapatkan rawatan akibat buah pinggang gagal berfungsi.

Gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Liu telah dirawat selama seminggu di hospital tersebut dan Biro Pendidikan Kota Ningxiang sudah membuat permohonan maaf kepada keluarga Liu malah akan menanggung segala perbelanjaan di hospital.

Sumber: Tribun News

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd