Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dari Utara Ke Selatan, Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza

Sebaik sahaja genjatan senjata selama enam hari telah tamat, serangan dari Israel terhadap Semenanjung Gaza semakin mengganas apabila lebih 700 kematian telah direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan Al Jazeera, angka kematian itu menjadi salah satu rekod tertinggi sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lalu yang menyebabkan tiada lagi tempat selamat di Gaza dari Utara hingga ke Selatan.

Tiada tempat selamat di Gaza

Artikel lain: Lima Bayi Pramatang Ditemukan Reput Di Hospital Utara Gaza

Difahamkan, tentera Israel menyasarkan kem pelarian Jabalia untuk hari kedua. Beberapa rumah musnah, mengorbankan berpuluh-puluh orang dan banyak mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Israel juga telah menyeru penduduk dari kawasan kejiranan tertentu di Khan Younis di selatan Gaza untuk berpindah. Jalan raya menuju ke bahagian lain bandar atau lebih jauh ke selatan telah musnah atau rosak teruk.

Menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, lebih 15,500 orang telah disahkan terbunuh di Gaza sejak bermula konflik.

Jurucakap Pertahanan Awam Palestin memberitahu  keadaan di seluruh Gaza adalah terlalu buruk serta memberi amaran bahawa penyelamat kekurangan sumber untuk merawat mangsa pengeboman Israel.

“Terdapat berpuluh-puluh orang awam terbunuh dalam setiap serangan udara. Beratus-ratus juga cedera,” kata Mahmoud Basal.

Lelaki Palestin sedang mencari mangsa di bawah runtuhan 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Al Jazeera

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd