Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bukan Perayaan Asing, Hari Thaiponggal Eratkan Perpaduan Negara – Aaron

Rakyat diseru mengeratkan perpaduan dan persefahaman dengan harapan sambutan Hari Thaiponggal membawa satu permulaan baharu bagi Malaysia MADANI yang lebih aman dan harmoni.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kepelbagaian rakyat adalah kekuatan rakyat yang juga selari dengan tema kementerian iaitu “Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian”.

Foto: FMT

“Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai dalam kalendar Tamil. Ponggal dalam bahasa Tamil bererti “melimpah-ruah.
“Ucapan “Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum” bererti “permulaan bulan Thai membuka peluang baru” sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata, Malaysia adalah sebuah negara kaya dengan pelbagai agama, bangsa, ras dan budaya sekali gus perayaan ini bukan sesuatu yang asing lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kementerian Perpaduan Akan Lantik 50 Duta, 2 Ikon Perpaduan Bermula Tahun Ini

Foto: FB KPN

“Saya mendoakan semoga tahun ini seluruh rakyat Malaysia diberikan kecerian, kesejahteraan, dan kesihatan yang baik serta rezeki yang bertambah untuk semua. Ponggal Vaalthukal,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Thaiponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang menyambut perayaan tersebut.

“Saya dan seluruh warga kerja Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ingin mengucapkan Selamat Hari Thaiponggal kepada seluruh komuniti Tamil yang menyambutnya di Malaysia bersempena bulan menuai hasil tanaman padi,” katanya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Sosial

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd