Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Perpaduan Akan Lantik 50 Duta, 2 Ikon Perpaduan Bermula Tahun Ini

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan lantik 50 duta dan dua ikon perpaduan bermula tahun ini dalam usaha memupuk pengetahuan, kefahaman dan semangat masyarakat berbilang bangsa.

Menteri KPN, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia adalah bagi mengasah kemahiran dan pengetahuan belia menjadi pemimpin perpaduan dan keamanan dalam komuniti mereka.

“Antara empat bidang yang akan menjadi tumpuan dalam inisiatif ini ialah Perpaduan melalui kesukarelawanan, Penghayatan Rukun Negara, Pengukuhan Perpaduan Negara dan Pemuliharaan Khazanah Warisan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah My Hero 4.0 di Wisma KL SCCCI, Kuala Lumpur hari ini.

Anugerah My Hero 4.0 merupakan satu pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan ketabahan, keberanian dan keazaman tinggi dalam membantu rakyat tanpa mengira agama serta bangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehingga kini, seramai 18 orang wira dan wirawati My Hero yang terdiri dari pelbagai kaum telah menerima anugerah ini bermula dari tahun 2014, 2016 dan 2018.

Kementerian Perpaduan akan lantik 50 Duta & 2 Ikon Perpaduan

“Saya turut dimaklumkan penerima Anugerah My Hero merupakan wira yang tidak pernah didendang dan tidak pernah menerima pengiktirafan daripada mana-mana pertubuhan atau mana-mana individu.
“Mereka membantu, berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dan memberi sumbangan tanpa mengambil kira soal perbezaan darjat, kaum, agama dan budaya.
“Atas semangat inilah, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memberi sokongan yang sangat jitu kepada penganjuran program ini,” ujarnya.

Artikel lain: Elak Muamalat Riba, Mufti WP Cadang Pekerja Islam Di Bank Konvensional Cari Pekerjaan Halal Lain

Dalam edisi kali ini, seramai 13 calon akhir telah disenarai pendek oleh panel juri berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditentukan.

Daripada senarai itu, seramai enam penerima akhirnya dipilih berdasarkan komitmen, semangat kesukarelawanan dan terus konsisten dalam membantu masyarakat yang memerlukan tanpa mengambil kira soal kaum, agama dan budaya.

“Anugerah My Hero merupakan kolaborasi yang sangat bertepatan dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu kerjasama kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan bersama berganding bahu.
“Kerjasama ini mampu mencipta lonjakan baharu yang lebih harmoni, sejahtera, adil dan makmur dalam memastikan kejayaan dan keberhasilan dasar serta tindakan ke arah membangun Malaysia MADANI,” jelasnya.

Sebagai info, kesemua penerima Anugerah My Hero 4.0 pada hari ini akan dilantik secara automatik sebagai Duta Perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd