Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

3 Aktivis GSF Dimasukkan Ke Hospital! Puluhan Patah Tulang Rusuk

Tentera Israel didakwa bertindak kejam terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang kini ditahan di Penjara Ktziot termasuk penggunaan senjata perenjat elektrik (taser) secara kerap selain penderaan fizikal dan mental.

Kumpulan peguam hak asasi yang mewakili kesemua peserta GSF 2.0, Pusat Undang-undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) memaklumkan sekurang-kurangnya tiga individu dimasukkan ke hospital sebelum dibebaskan oleh rejim Zionis.

Menurut badan guaman itu, pihaknya menerima sejumlah besar aduan berkaitan keganasan melampau ketikaSukar Ber melawat peserta flotila di Pelabuhan Ashdod semalam.

“Keganasan tersebut mengakibatkan kecederaan serius dan meluas, termasuk sekurang-kurangnya tiga individu yang dimasukkan ke hospital sebelum dibebaskan. Peguam turut merekodkan puluhan peserta yang disyaki mengalami patah tulang rusuk sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.
“Laporan juga menunjukkan penggunaan taser secara kerap terhadap peserta, selain kecederaan akibat tembakan peluru getah semasa flotila dipintas dan ketika mereka dipindahkan ke bot tentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adalah turut mendakwa aktivis yang ditahan mengalami keganasan melampau di atas kapal selain ketika proses pemindahan antara bot dan pelabuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain itu, Israel memaksa aktivis berada dalam posisi tekanan fizikal ketika dibawa bergerak di sekitar pelabuhan, mereka dipaksa berjalan dalam keadaan membongkok sepenuhnya sambil belakang mereka ditekan dengan kasar oleh pengawal.
“Peserta juga dipaksa duduk bertinggung di atas lutut dalam bot untuk tempoh yang lama,” katanya.

Menurut Adalah, selain penderaan fizikal, peserta turut didakwa mengalami penghinaan teruk serta gangguan seksual khususnya membabitkan wanita.

“Adalah akan terus memantau situasi ini dengan rapat. Peserta dijadual dibawa esok untuk hadir di hadapan tribunal sementara menunggu proses pengusiran mereka.
“Adalah akan menuntut untuk hadir dalam prosiding tersebut bagi memberikan representasi guaman kepada mereka. Adalah terus menegaskan tuntutan supaya semua peserta flotila yang kini ditahan secara tidak sah dibebaskan segera tanpa syarat,” katanya lagi.

Sementara itu, nasib 428 peserta misi GSF 2.0 dari 40 negara termasuk 29 rakyat Malaysia yang dipintas Israel malam kelmarin masih belum diketahui.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kapal terakhir yang ditahan ialah Zefiro dan Alcyone yang dilaporkan berada paling depan serta berada pada kedudukan 80 batu nautika dari pantai Gaza.

Sumber: Anadolu Agency

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd