Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

11 Pendaki Ditemukan Maut Susulan Letusan Gunung Marapi

11 pendaki ditemukan maut susulan letusan Gunung Berapi Marapi di Sumatera Barat dan tiga lagi pendaki ditemukan selamat oleh penyelamat Indonesia.

Menurut laporan Reuters, gunung Marapi merupakan gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera telah meletus pada 2.54 petang (waktu tempatan) hari Ahad sehingga menyebabkan hujan abu di daerah Agam.

Salah seorang daripada mangsa yang terselamat, Zhafirah Zahrim Febrina yang dilaporkan berusaha menuruni gunung itu adalah pelajar berusia 19 tahun.

Letusan gunung Marapi

@sinarharianonline

[DIKEMAS KINI] Beberapa rakaman video yang dipercayai milik pendaki yang terkandas susulan Gunung Marapi meletus pada petang Ahad tersebar di laman sosial. Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan seorang wanita yang merakam wajah dan rambutnya yang kotor akibat salutan lumpur abu. #fyp #sinarharian #sinarterkini #gunungmarapi #Indonesia #sumaterabarat

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Artikel lain: Mahu Kelainan Untuk Foto ‘Pre-Wedding’, Pasangan Kekasih Punca Kebakaran Di Gunung Bromo

Difahamkan ibunya, Rani Radelani sempat memuat naik sebuah video yang memaparkan Zharifah sedang meminta tolong sambil dikelilingi abu letusan gunung tersebut.

“Dia (hantar) WhatsApp. Dia berkata dia tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Dia mendaki sejak Jumaat,” kata ibunya.

Ketua agensi pemuliharaan sumber asli Sumatera Barat, Dian Indriati mendedahkan 70 pendaki telah mendaftar masuk sejak Sabtu melalui sistem tempahan dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, agensi bencana tempatan kemudian memberitahu 47 pejalan kaki berada di gunung itu, dengan 28 masih perlu dipindahkan.

Apa yang lebih memburukkan keadaan, ada segelintir pendaki yang tidak memaklumkan  kedatangan mereka apabila memasuki atau meninggalkan kawasan berkenaan yang menyebabkan bilangan sebenar pendaki masih tidak dapat diketahui.

Pihak berkuasa mewujudkan zon larangan tiga kilometer dari kawah gunung berapi berikutan letusan itu. Marapi merupakan antara gunung berapi paling aktif di Sumatera dan kali terakhir meletus pada 2018.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd