Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Mangsa Gempa Bumi Sedih, Hajat Lihat Tunang Pakai Gaun Pengantin Terkubur

Hasrat seorang mangsa gempa bumi di Turkiye, Yunus Emre Kaya, 24, tidak kesempaian untuk melihat tunangnya memaki gaun pengantin.

Memetik laporan antarabangsa, Yunus hanya mampu memakaikan tunangnya set persalinan untuk pengebumian sahaja memandangkan wanita itu maut akibat bencana gempa.

“Saya merancang untuk memakaikannya gaun pangantin. Tapi sekarang, saya cuma boleh pakaikan dia jubah pengebumian,”ujarnya dalam nada sebak.

Tak sangka kata2 tunang petanda ‘pergi’ buat selama-lamanya…

Yunus berkata, dia tidak pernah menyangka kata-kata yang dilontarkan oleh tunangnya dengan mengatakan tidak dapat melangsungkan hari bahagia mereka adalah petanda buruk.

“Sebelum ini, tunang ada kata, ‘Emri, saya rasa kita tidak akan dapat melangsungkan perkahwinan itu’, dan perkara ini membuatkan dia berasa sedih.
“Nampaknya tunang saya sudah dapat rasakan apa yang bakal berlaku,”ujarnya.

Emri bagaimanapun cuba meyakinkan tunangnya dengan mengatakan tiada apa-apa yang boleh menghalang mereka untuk mengecapi hari bahagia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ada cakap dekat dia, apa pun yang berlaku, tiada apa yang boleh menghalang saya untuk terus bersama dengannya. Tapi, kami tidak pernah membayangkan benda macam ini (gempa bumi) akan berlaku,” luahnya.

Tiada jodoh bernikah lagi dua bulan..

Bercerita lanjut, Yunus tidak menyangka insiden yang berlaku pada waktu malam ketika dia sedang tidur, namun terjaga kerana terdengar bunyi letupan meranapkan impiannya.

“Saya terjaga sebab dengar bunyi yang terasa seperti letupan. Saya melihat telefon saya dan rumah mula bergegar.
“Saya tarik ibu saya dari biliknya, masa itu ayah saya sedang bekerja. Saya bawa ibu saya keluar dari rumah. Selepas saya bawa keluar ibu dari rumah, saya terus berlari mencari tunang saya.
“Boleh dikatakan hampir dua ke tiga kilometer saya lari dalam masa 10 minit. Saya sendiri tidak tahu yang saya boleh berlari sedemikian,”ceritanya lagi.

Malangnya, usaha Yusri untuk menyelamatkan tunangnya yang berusia 20 tahun itu tidak kesampaian.

Apa yang menbuatkan hatinya bertambah pilu apabila hari pernikahan mereka yang dijangka berlangsung pada April terpaksa dikuburkan.

Sehingga kini, angka kematian gempa bumi dahsyat di Turkiye meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera pada Khamis, menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, jumlah mangsa yang cedera di Syria meningkat kepada 5,245, dengan 2,295 dalam kawalan kerajaan serta 2,950 di kawasan yang dikuasai pemberontak.

Sumber: Reuters, thestar

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd