Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Lari Dari Polis, Lelaki Disahkan Bukan Rempit Tetapi Kena Serangan Panik

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak melarikan diri sambil memakai topi keledar dan meninggalkan motosikal ditunggangnya ketika dihampiri anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan bahawa lelaki tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya hanya orang awam yang mengalami serangan panik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yahaya berkata, lelaki berkenaan berada lokasi kejadian di Jalan Jelapang, Ipoh bagi memerhatikan pelaksanaan operasi selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Dia bukan seorang ‘mat rempit’, tetapi dia panik dan melarikan diri ketika motosikal berkuasa tinggi ditunggang anggota polis tiba di lokasi kejadian secara mengejut.
“Tiada (kesalahan dilakukannya). Dia hanya sebagai pemerhati (di situ). Anggota kami di situ hanya cuba untuk mengelakkan sebarang aktiviti lumba haram di situ ketika kejadian,”Ā katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian, sepasukan polis daripada cawangan Penguat kuasa, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sedang menjalankan operasi samseng jalanan berhubung aktiviti lumba haram.

Dalam operasi terbabit, polis telah mengeluarkan 49 saman trafik atas pelbagai kesalahan lalu lintas sekali gus untuk membanteras aktiviti lumba haram yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri), Twitter @nanmanjoi8715

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepasĀ  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

AppleĀ  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta Ā© 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd