Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Motosikal Dinaiki Langgar Kereta Peronda Polis, Dua Remaja Alami Kecederaan

Dua remaja mengalami kecederaan selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta peronda (MPV) polis di Persimpangan Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika MPV itu dalam perjalanan dari Bandar Tasik Puteri menuju Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).

“Setibanya di simpang empat lampu isyarat MPV meneruskan perjalanan dan tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah kiri Jalan Persiaran 3 lalu melanggar bahagian kiri kenderaan polis terbabit.
“Pelanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak dan jatuh ke atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook hari ini.

https://www.facebook.com/PolisDaerahGombak/posts/pfbid0315vkCx9Mq1K6DfPNjnXK3DWef6qMM3k2kXDyUQrWdbMUEU483xGdcuWsnqxKLzoCl

Zainal berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 14 tahun dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut manakala anggota di dalam MPV berkeenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Norazlan Noorudin, 0197974466 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, 03-61262222,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3, Facebook Polis Daerah Gombak

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd