Bintang Argentina, Lionel Messi dikhabarkan membeli 35 buah iPhone emas dengan nilai keseluruhannya £175,000 (RM941,000) untuk dihadiahkan kepada rakan sepasukannya yang berada dalam pasukan kebangsaan sewaktu memenangi Piala Dunia 2022.
Nak hadiahkan sesuatu yang istimewa
Memetik laporan dari Harian Metro bersumberkan media tempatan, Messi telah menghadiahkan telefon isitmewa tersebut dengan ukiran nama masing-masing berserta nombor jersi yang terdapat logo Argentina diatasnya.
Ujar sumber, Messi ingin memberikan sesuatu yang istimewa kerana menjadi sebahagian yang bersejarah dalam kehidupannya.
“Lionel mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan amat bermakna bagi meraikan detik bersejarah dalam hidupnya.
“Dia menghubungi syarikat Ben Lyons dan mereka membuat keputusan bersama dalam pemilihan reka bentuk dan corak.” jelasnya.
Menurut CEO iDesign Gold dikenali sebagai Ben, Messi bukan hanya menjadi antara pemain pujaan ramai tetapi turut merupakan pelanggan setia iDesign Gold.
Lionel bukan sahaja menjadi pujaan peminat seluruh dunia tetapi dia antara pelanggan paling setia IDesign Gold dan kerap berhubung dengan kami beberapa bulan selepas final Piala Dunia.”
“Dia mahukan hadiah istimewa untuk semua pemain dan staf bagi meraikan detik bersejarah tetapi tidak mahu sesuatu yang biasa seperti jam.
“Jadi, saya cadangkan iPhones emas 24 karat yang terukir nama pemain dan dia tertarik dengan idea itu.” katanya.
Untuk rekod, pasukan Argentina telah menjadi juara dalam saingan Piala Dunia 2022 dengan Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.
Sumber: Instagram idesigngold, Harian Metro