Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hiburkan Peminat Malaysia, Fesyen Melly Goeslaw Disamakan Dengan ‘Trojan’

Penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Melly Goewlaw akhirnya datang melunaskan impian para peminat di Malaysia dengan mengadakan konsert pertamanya, Ada Apa Dengan Melly? (AADM) di negara ini pada 3 dan 4 Mac 2023.

Ribuan orang telah membanjiri Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) termasuk kehadiran Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

@amarwriteslaw

Replying to @🕊️ kena temuduga lagi 😆

♬ original sound – Lawyer Amar – Lawyer Amar

Advertisement. Scroll to continue reading.
@sonichussien

♬ Terima Kasih Cikgu – Upin & Ipin & Najwa Latif

@chopiecakap

Tok Sri @Siti Nurhaliza pun ada di Konsert #AdaApaDenganMelly malam ini. Duduk belakang kamek jak nya. @Melly Goeslaw TV #fyp #konsert

♬ original sound – Dr. Love – Dr. Love

Bukan itu sahaja, barisan selebriti Indonesia seperti Dato’ Sri Rossa dan Raffi Ahmad juga turut-serta hadir memberi sokongan kepada penyanyi lagu Bagaikan Langit

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bertemakan pakaian seragam sekolah

Bertemakan pakaian seragam sekolah, para peminat melepaskan kerinduan mengimbau kembali kenangan lama bersama lagu-lagu ikonik Melly Goeslaw yang tidak pernah lupus dek zaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antaranya Bagaikan Langit, Ku Bahagia, My Heart, Ketika Cinta Bertasbih, Berdua Lebih Baik dan banyak lagi.

Persembahan lagu Gantung Melly pukau ramai warganet

Pun begitu, antara banyak busana dipakai oleh selebriti berusia 50 tahun sewaktu membuat persembahan Gantung di atas pentas, warganet tertarik dengan kostum ‘berbulu’ di atas kepalanya.

@xtra_my

OMG ni lagu feveret min, Gantung. Terus teringat zaman sekolah laaa 😂 Bestnyaaa Teh Melly 😍 #AdaApaDenganMelly #xtramy #xtratonton ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news

♬ original sound – XTRA – XTRA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Macam penyapu, rambut trojan

Rata-rata warganet sempat berseloroh dengan mengatakan ‘aset’ yang terletak cantik di atas kepalanya persis bulu penyapu dan gaya trojan serta Mohawk yang pernah mencetuskan fenomena.

Nak pelik, tapi rasanya fesyen yang digayakan oleh Melly sudah lama dibuat sejak dari awal kemunculannya dalam industri seni hiburan. Tidak kisahlah, fesyen apa yang digayakan olehnya, suara Melly masih ‘maintain’ persis telan kaset sejak zaman muda!

View this post on Instagram

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Melly memulakan kerjaya solo pada 1999 dan namanya dijulang sebagai antara komposer rebutan ramai sekitar awal 2000 sehingga kini.

Sumber: TikTok @xtra_my, @sonichussien, @chopiecakap, @amarwriteslaw, Instagram @raffinagita117, @melly_goeslaw

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd