Salah seorang anggota kumpulan K-Pop tersohor dunia BTS iaitu Jungkook dinobatkan sebagai lelaki paling seksi pada usia 25 tahun dalam majalah People ‘Sexy At Every Age’.
Difahamkan, majalah People sering mengeluarkan carta selebriti lelaki paling seksi mengikut umur iaitu dari 18 tahun sehingga 70 tahun. Pemilihan itu dibuat berdasarkan setiap peringkat umur yang dilihat paling seksi pada usia mereka.
Oleh itu, BTS Jungkook dicalonkan sebagai salah seorang selebriti lelaki paling seksi bagi mereka yang berusia 25 tahun.
Selain itu, Jungkook juga dikatakan bakal mengadakan persembahan pada hari pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada 20 November ini.
Pengumuman itu dibuat oleh agensi pengurusan BTS sendiri iaitu Big Hit Music di laman Twitter.
“Kami berbangga untuk mengumumkan Jung Kook sebagai sebahagian daripada penyanyi runut bunyi Piala Dunia Qatar 2022 dan akan membuat persembahan pada hari pembukaan. Nantikan!”kata kenyataan agensi tersebut.
Khabar baik untuk membuatkan ramai peminat terutama ARMY meluahkan keterujaan dan bangga dengan pencapaian idola mereka yang disifatkan salah satu momen paling besar dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan ahli muzik.
Lepas ni mungkin dah tak suka sebab hadir majlis pembukaan Piala Dunia?
Selain itu, ada juga peminat meluahkan kekecewaan sebaik sahaja mendapat tahu penyanyi berusia 25 tahun itu bakal terlibat sama dalam persembahan Piala Dunia Qatar 2022.
Mereka mengatakan Jung Kook tidak seharunya terlibat sama dengan sebuah negara yang sering menindas hak kemanusiaan masyarakat.
Sumber: Twitter @bts_bighit, allkpop