Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai telah dinobatkan sebagai makanan kedua tersedap di dunia apabila berada di belakang picanha yang merupakan makanan dari Brazil.
Berada di belakangan picanha dari Brazil
Hal tersebut dikongsikan TasteAtlas, apabila menamakan 100 Hidangan Terbaik dalam Anugerah Dunia 23/24 mereka dan roti canai berada di kedudukan kedua.
Roti canai di Pelita, Tg’s Nasi Kandar & Sri Nirwana Maju tersedap
Dalam pada itu, mereka turut menyatakan yang restoran Nasi Kandar Pelita, Tg’s Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju adalah tempat yang menghidangkan roti canai paling sedap di Malaysia menurut mereka.
Roti canai tersedap dimakan dengan kari, dhal, susu pekat, sambal
Menu sarapan pagi rakyat Malaysia itu sangat digemari oleh semua kaum dan lapis masyarakat kerana teksturnya yang lembut serta enak dinikmati bersama kuah kari, dhal ataupun susu pekat.
Bagi menambah variasi rasa roti canai, ada yang menambah telur, pisang, keju, sardin dan juga bawang untuk menjadikan rasa roti berkenaan lebih ‘mewah’.
Artikel lain: Adakan Majlis Kahwin Di Kopitiam, Pasangan Singapura Saji Roti Bakar & Telur Separuh Masak
Pernah dinobat roti terbaik dunia
Sekitar September lalu, roti canai telah diangkat menjadi roti terbaik di dunia daripada 49 roti-roti lain oleh TasteAtlas.
Ia sekali gus mendahului naan bawang putih mentega yang terkenal di India dan hidangan lain seperti sandwic Vietnam, ‘banh mi thit’ dan ‘tonkotsu ramen’ dari Jepun.
Sumber: tasteatlas