Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Peruntuk RM267 Juta Bagi Perolehan Aset JBPM & Projek Tahun 2024

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM267 juta bagi perolehan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta projek tahun 2024.

Perkara itu disampaikan sendiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming sewaktu memberik ucapan di Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2024 bertempat di Jalan Utama Tambun, Tambun, Perak pada 4 Mei 2024.

Peruntukkan tersebut merupakan salah satu daripada bidang fokus utama pihak KPKT yang mahu  memperkukuh Kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan yang sejahtera.

Difahamkan, menerusi jumlah tersebut, JBPM mampu memperkasa keupayaan logistik melalui perolehan 150 buah Compact Fire Rescue Tender (CFRT) yang bersaiz kompak dengan kos berjumlah RM147.25 juta dan akan ditempatkan secara strategik di Balai Bomba dan Penyelamat seluruh negara secara berfasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada peruntukan tersebut, pihak KPKT melalui JBPM juga mahu memperkukuhkan program pencegahan kebakaran melalui pemeriksaan bangunan rumah yang berusia.

Tak hanya itu, JBPM turut akan  meningkatkan efisiensi pengoperasian kebombaan dalam aspek pengurusan air dengan meningkatkan pemeriksaan ke atas 357,130 unit pili bomba awam di seluruh negara termasuklah memperkukuhkan sistem kawal dan perintah inisiden yang dijangka selesai pada Februari 2026 dengan kos RM47.74 juta.

Ujar Nga Kor Ming, komitmen KPKT dan JBPM yang ditunjukkan adalah bagi menghayati enam rukun Madani yang mana menerapkan Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan dalam memperluaskan jangkauan perkhidmatan lebih berkesan mengikut kehendak semasa rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2024 ini telah dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain PMX, Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saarani bin Mohammad, Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu,
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan turut sama hadir ke Sambutan Hari Bomba Sedunia Tahun 2024.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd