Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Kerja Raya Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Luar Bandar Kapit

Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi merangkap Ahli Parlimen P.215 Kapit telah menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sg. Song, Song, Kapit, Sarawak pada 3 Mei 2024.

Difahamkan, projek berkenaan merupakan projek Persekutuan milik Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW).

Projek jalan yang dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar ini merupakan fasa pertama daripada tiga fasa keseluruhan bagi menghubungkan Nanga Kabah ke Nanga Melipis dimana merangkumi jarak sejauh 16.375 kilometer.

Bukan itu sahaja, projek fasa satu ini turut dilaksanakan agensi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak apabila melibatkan pembinaan tiga buah jambatan iaitu Jambatan Sungai Kabah (72 meter), Sungai Beguang (62 meter) dan Sungai Temiang (62 meter) dengan piawai geometri jalan JKR R3.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) juga mempunyai perancangan untuk membina sebuah jambatan dua hala merentasi Batang Rejang yang menghubungkan jalan Nanga Menuan/ Nanga Setepus ke jalan Song- Kapit sepanjang kira-kira 900 meter dan 600 meter berdekatan dengan Bandar Kapit serta Pekan Song.

Pastinya dengan pembinaan projek fasa satu ini, seramai lebih 3,000 penduduk tempatan mampu meningkatkan sosioekonomi mereka memandangkan wujudnya jaringan jalan raya kepada dua buah sekolah, sekali gus menjadi akses terpenting untuk ke Pekan Kanowit dan bandar Sibu yang menghubungkan terus ke Lebuh Raya Pan Borneo.

Dalam kenyataan rasmi KKR, projek berkenaan sedang dalam poses permohonan di bawah Projek/Program Pembangunan Baharu Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP4, RMK12) tahun 2024.

Ia bukan hanya menyediakan mod perhubungan jambatan dan jalan luar bandar ke Bandar Kapit, Pekan Song serta Pekan Kanowit sahaja, tetapi turut menyediakan akses perhubungan yang selamat dan selesa berbanding melalui jalan air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

menteri kerja raya

Untuk rekod, hanya 23.6% penempatan sahaja di bahagian Kapit dihubungkan dengan jalan awam, manakala 76.4% masih menggunakan jalan balak, jalan sawit dan pengangkutan air untuk ke Bandar Kapit.

Susulan daripada itu, pelaksanaan projek terbabit adalah salah satu bukti komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam membangunkan rangkaian jalan raya secara lebih terancang, sistematik dan efisien.

Perkara itu selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR yang mahukan penyediaan infrastruktur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani secara berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd