Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Prof Dumbledore Harry Potter, Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun

Pelakon veteren Sir Micheal Gambon yang terkenal sebagai Profesor Albus Dumbledore dalam siri Harry Potter meninggal pada usia 82 tahun akibat pneumonia.

Menurut Daily Mail, pemergian bintang tersebut telah disahkan oleh keluarga, isterinya, Lady Gambon dan anak lelakinya, Fergus dalam satu kenyataan media.

“Dukacita kami umumkan pemergian Sir Micheal Gambon. Micheal meninggal dunia dengan tenang bersama isterinya, Anne dan anak lelaki, Fergus di hospital.
“Kami berharap anda menghormati privasi kami. Terima kasih juga atas mesej sokongan dan daripada anda semua,” kata keluarga itu.

Pemergian Gambon yang telah berlakon dalam enam daripada lapan siri penuh Harry Potter dan beberapa siri lain nyata meninggalkan kesan yang dalam keatas keluarga dan rakan-rakan pelakon lain.

Gambon yang memulakan karier lakonan sejak 60 tahun lalu sudah pasti telah berkerjasama dengan ramai pelakon lain. Hampir kesemua individu yang pernah berkerja bersamanya meninggalkan ucapan yang baik-baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penulis buku siri Harry Potter, JK Rowling dan pelakon bersama, Daniel Radcliffe, telah mengetuai majlis penghormatan kepada bintang tersebut.

JK Rowling berkata, kali pertama dia melihat Gambon pada tahun 1982 di King Lear, dia tidak percaya bahawa beliau boleh membintangi karya tulisannya.

“Micheal seorang pelakon yang cemerlang, dan saya sangat suka bekerja dengannya, bukan sahaja dalam siri Harry Potter tetapi juga dalam The Casual Vacancy. Takziah saya ucapkan kepada keluarga Sir Micheal,” kata penulis itu.
“Kehilangan Sir Micheal membuatkan dunia ini semakin hilang warnanya. Sir Micheal merupakan salah seorang pelakon yang cemerlang dan sangat mudah untuk berkerja bersamanya.

“Perkara yang paling saya ingati, bagaimana dia sangat gembira ketika bekerja. Dia sangat kelakar. Walaupun Sir Micheal sangat suka berlakon, dia tidak pernah biarkan kehidupannya dipengaruhi oleh pekerjaannya.
“Saya bersedih atas kehilangan Sir Micheal, tapi saya merupakan antara orang yang bertuah kerana dapat bekerja bersamanya,” kata Radcliffe.

Selain siri Harry Potter, Micheal Gambon juga pernah memainkan watak sebagai detektif Perancis, Jules Maigret dalam siri  ITV, The Singing Detective dan Eddie Carbone dalam A View From The Bridge yang membuatkan Gambon memenangi Anugerah Olivier.

Sumber: Daily Mail & Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd