Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PM Beri Jaminan Harga Beras Tempatan Tidak Naik, Arah Menteri Turun Padang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut laporan BERNAMA, beliau juga telah menggerakkan menteri-menteri berkaitan untuk turun padang serta memantau harga barangan di pasaran memandangkan kerajaan ambil serius dengan isu berkenaan.

Foto: BERNAMA

“Walaupun kita beri jaminan harga beras tempatan tidak naik tapi ada laporan tentang kekurangan di beberapa tempat dan mesti ditangani dengan baik, cuma saya harap Ahli Yang Berhormat faham (contohnya) kenaikan harga bawang, fahamkanlah bahawa sejak Ogos lalu duti eksport bawang dari India naik 40 peratus.
“Dan kita kena faham ini, dan India buat keputusan naikkan duit eksport bawang 40 peratus dan tentunya bagi kita dari Malaysia yang membeli bawang dari India akan terkesan dari harga itu begitu juga keputusan India bulan lalu untuk hadkan (eksport) beras putih,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bekalan dan permintaan perkembangan berkenaan akan mengakibatkan kenaikan harga barangan jika diikuti teori.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, kerajaan telah mengambil langkah dengan memberikan tambahan subsidi bagi menjamin harga beras tempatan di paras yang rendah.

Sumber: BERNAMA

Iffa Sabrina
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd