Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Di Ambang PRN Johor, PM Thailand Doakan Kejayaan PM Anwar -“I Wish You Best Of Luck”

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menitipkan doa dan ucapan terbaik buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung Sabtu ini.

Anutin menyampaikan ucapan itu pada penghujung sidang akhbar bersama Anwar sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia hari ini.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dalam pilihan raya akan datang di Johor,” katanya.

PRN Johor Ke-16 menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.

Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Anwar mempertaruhkan calon di kesemua 56 kerusi, membabitkan gabungan calon berpengalaman serta muka baharu daripada PKR, DAP dan Amanah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Anwar menyifatkan pertemuan bersama Anutin berlangsung dalam suasana mesra dan produktif, malah menyamakan hubungan kedua-dua pemimpin seperti perbincangan antara sahabat lama.

“Datanglah lagi ke Malaysia kerana anda membuatkan kami berasa begitu selesa, gembira dan tenang. Rakan-rakan saya juga tentu bersetuju bahawa pertemuan ini ibarat pertemuan antara sahabat lama.
“Kalau ada sesuatu masalah, kita boleh selesaikannya dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Perkara seperti ini tidak berlaku di kebanyakan negara. Ia berlaku kerana Thailand merupakan negara yang sangat penting kepada Malaysia dan Perdana Menterinya berada di sini hari ini,” katanya.

Anutin tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Anwar, yang merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri Thailand pada Mac lalu.

Lawatan berkenaan bertujuan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand yang telah lama terjalin, selain memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Sumber: Utusan Online (Maisarah Sheikh Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd