Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Tikam Di Sekolah: Suspek Rasa Tak Puas Hati, Dakwa Dibuli

Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes seorang pelajar perempuan yang dipercayai menikam rakannya di sebuah sekolah menengah di Banting, dengan siasatan awal mendapati suspek mendakwa menyimpan rasa tidak puas hati terhadap beberapa individu yang dididakwa pernah membulinya.

Foto arkib: Media sosial

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bagaimanapun berkata, setakat ini tiada keterangan yang diperoleh mengesahkan dakwaan bahawa kejadian buli benar-benar berlaku.

“Hasil siasatan awal peringkat ini, kita mendapati alasan diberikan adalah berkaitan dengan rasa tidak puas hati ataupun boleh dikatakan memendam perasaan suspek terhadap beberapa individu rakan sekolahnya yang dikatakan membuli suspek tersebut.
“Namun, hasil daripada keterangan yang diberi tidak menjurus kepada berlakunya aktiviti buli tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam hari ini.

Foto arkib: Bernama

Menurut beliau, polis telah merakam pelbagai percakapan termasuk melibatkan 10 pelajar yang nama mereka tular di media sosial dan dikaitkan dengan insiden berkenaan.

“Siasatan berhubung kes tikaman itu masih berjalan dan belum selesai sepenuhnya. Jadi saya minta beri ruang kepada pegawai penyiasat membuat siasatan sepenuhnya dan dapat membuat kesimpulan secara menyeluruh,” ujarnya.

Mengulas perkembangan mangsa, Shazeli memaklumkan pelajar terbabit berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan serta menjalani proses pemulihan di hospital.

“Temu bual terhadap mangsa juga telah dijalankan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa polis sedang meneliti sama ada tindakan suspek mempunyai kaitan dengan pengaruh kandungan jenayah di media sosial yang berkemungkinan mempengaruhi pemikiran serta tingkah lakunya.

“Apa jenis video media sosial itu saya tidak boleh kongsikan kerana masih lagi dalam siasatan dari polis,” ujarnya.

Sebelum ini, beberapa keping surat yang didakwa milik suspek berusia 15 tahun tular di media sosial selepas insiden berkenaan berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan di beberapa akaun Threads mendapati nota tersebut mula dimuat naik sejurus kejadian berlaku dan dipercayai mengandungi catatan mengenai suspek serta beberapa individu lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Isnin lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan selepas dipercayai ditikam suspek menggunakan sebilah pisau di kawasan sekolah.

Foto arkib: Media sosial

Suspek yang dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana menjalani rawatan kesihatan dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui pintu utama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi sebelum ini memaklumkan suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd