Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Zaid Ibrahim Cadang Tun M Kembali Jadi PM Jika ‘Payung Melayu’ Menang

Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Tun M kembali sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan ‘payung Melayu’ berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.

Zaid Ibrahim cadang Tun M kembali jadi PM

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, beliau berkata gabungan ini merangkumi PAS, Bersatu, dan beberapa parti kecil lain.

Mohd Zaid berkata, bagi Tun M memenangi jawatan tersebut, beliau perlu memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menyatakan hasrat itu secara terbuka.

Zaid Ibrahim

Foto: Utusan

Menurut beliau, jika Tun M pernah bersedia memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018, tiada sebab untuk beliau tidak berbuat demikian terhadap Najib.

“Najib mungkin telah menyebabkan kerugian sebanyak AS$680 juta, tetapi adakah kita sedar kerugian negara di bawah pentadbiran PMX?” soalnya hari ini.

Beliau menegaskan bahawa ini merupakan peluang terakhir untuk orang Melayu kembali mengawal pemerintahan negara dan menerajui pentadbiran dalam semangat Merdeka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Zaid Minta Anwar Bebaskan Najib -“Rasuah 42 Juta Hanya Perkara Kecil”

Mohd Zaid turut menyatakan keprihatinannya terhadap keadaan pemimpin Melayu hari ini yang menurutnya telah ‘menyerah tanpa bertempur’ kepada pelbagai pengaruh, baik dari dalam mahupun luar negara.

“Bagi semua kelemahannya, Tun masih seorang patriot sejati; sumbangannya kepada negara tidak tertandingi sejak kebelakangan ini.
“Beliau berkemampuan untuk membina semula negara kita. Saya merayu kepada Tuan Guru ((Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang) dan Muhyiddin ((Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memberi Tun satu peluang lagi.
“Supaya kita semua mempunyai masa depan,” ujarnya.
Zaid Ibrahim

Foto: BH Online

Cadangan ini dijangka mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pemimpin politik dan pengundi, terutama menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Terdahulu, Tun M memperkenalkan langkah baru bagi menyatukan orang Melayu di bawah satu gabungan utama yang dinamakan Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu.

Sumber: Facebook Datuk Zaid Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd