Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Ya Betul”- SPRM Sahkan Muhyiddin Yassin Bakal Dituduh Lagi Minggu Depan

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dituduh sekali lagi di mahkamah pada minggu hadapan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Menurut laporan Berita Harian, pertuduhan tersebut dilakukan susulan siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, hari ini.

“Ya, betul,” katanya ringkas.

Difahamkan, dibawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi jika sidabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam kecoh di media sosial Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu bakal berdepan dengan tujuh lagi pertuduhan di mahkamah sebaik sahaja dibebaskan oleh SPRM.

Hari ini, Muhyiddin tidak mengaku bersalah atas enam pertuduhan meliputi menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia bakal merintis perkhidmatan feri penumpang elektrik sepenuhnya yang pertama beroperasi secara komersial merentasi laut terbuka menerusi Projek Feri Elektrik Langkawi, yang dirancang menghubungkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd